HOME
PELAWAT
PROFILE JABATAN
PERASMIAN
HTAA LINK
SIHAT SEJAHTERA
LIRIK

Profile Jabatan

Sejarah   |  Perasmian | Objektif  |  Visi  |  Misi   |   Motto Korporat  |  Slogan  |  Logo

Sejarah

Perkhidmatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bermula pada tahun 1904, sebagai sebuah Hospital Daerah yang dikenali sebagai Rumah Sakit Umum Kuantan.

Hospital ini telah dinaikkan taraf kepada Hospital Besar pada tahun 1955 setelah bandar Kuantan diistiharkan sebagai ibu negeri Pahang

Bangunan HTAA yang ada sekarang dibina di atas tapak yang sama seluas 40.1 ekar.

[KE ATAS]

Perasmian

Hospital ini telah dirasmikan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Hj Ahmad Shah pada 3 November 1995. Pada Majlis tersebut KDYMM Sultan Pahang telah perkenan mencemar duli menamakan hospital ini sebagai Hospital Tengku Ampuan Afzan    

[KE ATAS]

Objektif

Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap, berkemampuan dan saksama kepada semua golongan masyarakat melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak alam sekitar dan kehendak pelanggan; dengan penekanan kepada kualiti, inovasi, promosi kesihatan dan menghormati harga diri serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan komuniti terhadap kehidupan yang berkualiti; bagi mencapai wawasan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempuyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat.

[KE ATAS]

Visi

Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan perawatan dan penjagaan pesakit di pantai timur.

[KE ATAS]

Misi

Melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Profesionalisme, Khidmat Penyayang dan Kerja Berpasukan.

[KE ATAS]

Motto Budaya Korporat

"Cemerlang Bersama"

[KE ATAS]

Slogan

"Cepat, Cekap, Bermutu"

[KE ATAS]

Logo

[KE ATAS]